Tuesday 28 August 2012

Sambungan Selamat Hari Raya :p


Assalamualaikum Semua  :)

Alhamdulillah, Hari ni dah masuk hari yg ke-10 kita semua beraya kan. Macam mane raya korang semua? Mesti best kan. Baru sekarang sy nk post pasal raya, haha. Sibuk lahh, xde masa nk post. “Haha, k tipu..sibuk lahhh sangat yee ainaa oii “ :p
Ingat tak post ainaa yg before nie? –To be continued tuu – Ainaa nk sambung pasal tu lah . Hope sudi baca. Hehee..First raya sy balik kampung Senaling,Kuala Pilah. Ada sesiapa tak sama kampung dengan Ainaa? Hee..Tahun ni sy beraya lama sikit dekat kampung, memandangkan akak saya Alia tengah pantang . Nama baby boy dia , Qhalif J

 Hari pertama raya mmg best, semua semangat bangun nak raya..Dah tengah hari sikit semua dah pakai cantik2, ambil gambar keluarga , Awesome moment J The next day, balik Melaka pulak. K semua yang dengar kg ainaa kt Melaka ni rasa pelik and kelakar -,- Kampung Kandang. Ok2, jangan lah gelak. -,- huhu. Tapi sy dengan abang balik Seremban dulu, parents and akk2 saya balik Melaka dulu. Balik Seremban dulu, sbb nak bg kucing2 sy makan. Kesian diorang xmakan bape hari tah. Balik2 je rumah, mang ai.. mengamuk betul diorang kena tinggalkan. Siapa yang bela kucing tu mesti faham pe yang sy cakap ni. Haha -,-

Balik Melaka sehari je, sbb lepas tu nak balik Kuala Pilah balik. Memandangkan ada orang nk datang merisik sy! Hahaha. K buat lawak je. Akak sy Nadia, family boyfriend dia nk datang merisik. Congratulations K.nina & Bg. Sean. InsyaAllah bulan 10 akak saya bertunang. AND bulan 1 nanti insyaAllah akak sy Izzati and Nadia akan bersanding sama2 . Heee..Alhamdulillah bertambah lagi ahli keluarga sy J Nanti sy jemput yee , yang sy kenal lah. InsyaAllah J

Ok saya dah banyak sangat membebel ni, nahh ni gambar2 raya sy tahun ni. Tema : PINK
Semua gambar ni semua ada kt fb sy, tp kepada sesiapa yg xde Fb sy, xpe2 boleh tengok dekat sini.




 

 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN =)




Wednesday 15 August 2012

Salam Aidilfitri , Maaf Zahir dan batin.


Assalamualaikum semua !

Alhamdulillah sekarang dah pun ramadhan yang ke 27. Pejam celik pejam celik Ramadhan semakin lama semakin jauh daripada kita semua kan? :’( Sedih sebab hari yang mulia ni bakal meninggalkan kita semua dan syawal pula bakal menjelma.Tiga hari je lagi . Harap2 kita semua mendapat keberkatan dariNYA,Amin.

Sekarang semua bersemangat nak balik kampung kan kan? Hee..Macam biasa , saya akan balik kampung halaman dekat Kuala Pilah. Dekat je dari Seremban. Tapi kalau nak balik tu perghhhh jem bukan main lagi. So parents saya bercadang balik sana malam sabtu nanti (Jumaat) Tengah2 malam tu lahhhh nanti baru gerak. Hari raya pertama mesti balik Kuala Pilah dulu. Hari raya kedua baru balik Melaka pulak. Tahun ni tema baju raya family sy Pink ! Tak pernah2 tema warna pink. Haha.

Yang paling best raya tahun ni, ahli keluarga saya semakin bertambah. Alhamdulillah akak saya Alia, selamat melahirkan anak pertamanya semalam pukul 8.18 mlm (14/8/12) Anak lelaki. Comel sangat2 Tak sabar nak main dengan anak buah ! Anak buah pertama ! weheeeeeee. Nama dia belum dipastikan lagi. Huhu -,- Lagiiii, yang tak sabar nye nak pasang pelita kat kampung. Hehehe. Setiap tahun bila raya saya yg tolong pasang pelita dengan abang. Akak2 yang lain tak nak join. -,- Tak rock lah diorang niii. Hahaha. Yang lagi tak sabar nak dengar orang takbir raya :’) Orang kampung akan datang beramai2 ke kampung saya pada malam raya tu. Tak sabar rasanya :’) Dulu masa saya budak2 rajin betul ikut orang kampung pergi takbir raya. 7 rumah kot. Hehe, banyak taw dapat duit raya. Bila dah besar ni, dah tak ikut dah. Tunggu orang kampung jela datang rumah. Huhu.

Pagi raya lahhhh paling best sekali, semua semangat bangun pagi2 tu. Bersiap dulu untuk sembahyang raya. Yang paling utama, mohon maaf kepada kedua ibu bapa saya :’) Syahdu sangat masa tu….. Ok , nak tahu kisah raya saya tahun ni? Ok2, nanti ainaa sambung lagi yee.  Hehee, nanti saya akan post gambar raya. Apapun yang nak balik kampung tu Hati2 taw. Bawa kereta jangan laju2. Biar lambat asalkan selamat. Berdoalah sebelum bertolak, mudah-mudahan semuanya selamat. InsyaAllah, Amin  Dan semoga kita semua berpeluang dan dipanjangkan umur untuk bertemu lagi di bulan Ramadhan tahun hadapan. Aminnnn.
Selain itu, saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali saya. Sesungguhnya saya seorang insan yang lemah yang sentiasa melakukan kesilapan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :)



-To be continued-