Assalamualaikum semua !
Alhamdulillah sekarang dah pun ramadhan yang ke 27. Pejam
celik pejam celik Ramadhan semakin lama semakin jauh daripada kita semua kan? :’(
Sedih sebab hari yang mulia ni bakal meninggalkan kita semua dan syawal pula bakal
menjelma.Tiga hari je lagi . Harap2 kita semua mendapat keberkatan dariNYA,Amin.
Sekarang semua bersemangat nak balik kampung
kan kan? Hee..Macam biasa , saya akan balik kampung halaman dekat Kuala
Pilah. Dekat je dari Seremban. Tapi kalau nak balik tu perghhhh jem bukan main
lagi. So parents saya bercadang balik sana malam sabtu nanti (Jumaat) Tengah2
malam tu lahhhh nanti baru gerak. Hari raya pertama mesti balik Kuala Pilah
dulu. Hari raya kedua baru balik Melaka pulak. Tahun ni tema baju raya family
sy Pink ! Tak pernah2 tema warna pink. Haha.
Yang paling best raya tahun ni, ahli keluarga saya
semakin bertambah. Alhamdulillah akak saya Alia, selamat melahirkan anak
pertamanya semalam pukul 8.18 mlm (14/8/12) Anak lelaki. Comel sangat2 Tak sabar nak main dengan anak buah !
Anak buah pertama ! weheeeeeee. Nama dia belum dipastikan lagi. Huhu -,- Lagiiii,
yang tak sabar nye nak pasang pelita kat kampung. Hehehe. Setiap tahun bila
raya saya yg tolong pasang pelita dengan abang. Akak2 yang lain tak nak join.
-,- Tak rock lah diorang niii. Hahaha. Yang lagi tak sabar nak dengar orang
takbir raya :’) Orang kampung akan datang beramai2 ke kampung saya pada malam
raya tu. Tak sabar rasanya :’) Dulu masa saya budak2 rajin betul ikut orang
kampung pergi takbir raya. 7 rumah kot. Hehe, banyak taw dapat duit raya. Bila
dah besar ni, dah tak ikut dah. Tunggu orang kampung jela datang rumah. Huhu.
Pagi raya lahhhh paling best sekali, semua semangat
bangun pagi2 tu. Bersiap dulu untuk sembahyang raya. Yang paling utama, mohon
maaf kepada kedua ibu bapa saya :’) Syahdu sangat masa tu….. Ok , nak tahu
kisah raya saya tahun ni? Ok2, nanti ainaa sambung lagi yee. Hehee, nanti saya akan post gambar raya.
Apapun yang nak balik kampung tu Hati2 taw. Bawa kereta jangan laju2. Biar
lambat asalkan selamat. Berdoalah sebelum bertolak, mudah-mudahan semuanya
selamat. InsyaAllah, Amin Dan semoga kita semua berpeluang dan dipanjangkan umur
untuk bertemu lagi di bulan Ramadhan tahun hadapan. Aminnnn.
Selain itu, saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali saya. Sesungguhnya saya seorang insan yang lemah yang sentiasa melakukan kesilapan. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin :)
-To be continued-
4 comments:
selamat hari raya.....
do visit n follow
http://myaleo.blogspot.com/2012/08/wedding-preparation-hadiah-utk-bakal.html
: Selamat Hari raya juga :))
selamat hari raya kak..sukelaa kite dnga lagu kt blog akak..semangat ny :)
: Selamat hari raya Julia, sorry akk lmbat reply. :)
Post a Comment