Wednesday 6 November 2013

1 November 2013 (Keputusan)

1 November 2013

Tarikh ini,


Tarikh yang amat dinanti2 kan
bagi semua warga Uitm
Tarikh yang mungkin memberi debaran
Haa tarikh itulah
Tarikh yang memberi
Kegembiraan mahupun kesedihan
Kerana tarikh ini ialah keputusan bagi
diri masing-masing yang telah berusaha 
bersungguh-sungguh sedaya mungkin
Jika usaha kita lebih
Lebihlah yang kita akan dapat
Jika usaha kita kurang
Kuranglah yang kita akan dapat
Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal
Aku akan terima apa sahaja
Keputusan yang akan aku terima
Sebelum itu
Aku sering berfikir
Adakah aku telah berusaha secukupnya?
Dengan kerja yang telah diberi
Waktu tidurku hanyalah 2 jam sehari
Ada satu masa
Aku ingin berputus-asa
Kerana aku terlalu penat
Penat sangat
Kadang-kadang kesihatanku terganggu
Waktu makan aku entah kemana
Aku sering mengeluh
Namun aku tidak pernah rasa menyesal
Menyesal dengan kos yang aku ambil
Aku tidak pernah rasa menyesal
Malah aku bersyukur kerana dapat
menyambung pelajaranku ke universiti
Aku hanya mampu mencuba menjadi yang terbaik
Tetapi penyakit malasku kadang-kadang
Tidak mampu dihakis
MALAS dan MALAS
Penyakit ini datang pada bila-bila masa
Kadang-kadang aku mampu melawannya
Kadang-kadang aku tewas
Aku cemburu dengan rakan sebilikku
Mereka dapat tidur dengan lena
Tidur lena dibuai mimpi
Tapi aku?
Masih bersengkang mata menyiapkan assignments
Setiap hari akulah orang yang paling lambat tidur
Demi menyiapkan kerja yang terlalu banyak
Haa tetapi apakan daya
Kos aku memang begitu
Terlalu banyak cabarannya
Tapi aku tetap suka
Aku bertanya pada diri sendiri
Adakah aku mampu?
Mampu untuk menempuh semua ini?
Jawapannya
Ya, aku mampu
Pada awalnya aku tidak yakin
Tidak yakin pada diri sendiri
Tidak mengapa
Aku tetap akan mencuba dan mencuba
Sedaya upayaku
Tibalah waktu yang dinantikan
Keputusan telah pun keluar
Alhamdulillah keputusan kali ini meningkat
Siapa sangka aku sebenarnya mampu
Dan paling penting kedua ibu bapaku gembira
Alhamdulillah aku bersyukur padamu Ya-Allah
Usahaku selama ini tidak sia-sia
Aku akan tetap berusaha dan berusaha
Dan aku akan cuba untuk tidak mengeluh
Aku ingin berjaya
Mengejar cita-cita.
Noktah

ALHAMDULILLAH :)











No comments: