Wednesday 11 July 2012

Meow- Meow :)



Assalamualaikum :)





Post saya kali ni pasal meow2 ~ Hehee. Tiba2 rasa nak cerita pasal kucing pulak. Hehe :) Comel kan gambar2 tu semua. Comel sangat sampai nk lempang2 je muka diorang. Haha.
Ehem, yang pasti saya PECINTA KUCING ! ~.~
Kepada yang tak suka kucing pun bacalah , untuk menambah pengetahuan. Manalah tahu kot2 korang TERsuka kucing pulak nanti. :)


FAKTA MENARIK TENTANG KUCING =)

1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari.
2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya.
3. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat  pound bersamaan  1.814kg.
4. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
5. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti.
6. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
7. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
8. Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.
9. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki.
10. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing.
11.Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza.
12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe.
13. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
14. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki.
15. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
16Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
17. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut).
18. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
19.Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.


**Menarik kan ? hehe. Kalau korang nak tahu kucing merupakan terapi bagi manusia ketika kemurungan. Sedar tak sedar kucing juga menjadikan mood seseorang itu dalam keadaan "cool". BUKTI? yeppp. Saya ada buktinya. Walaupun kucing tidak memahami manusia berkata2 tetapi kucing memahami perasaan manusia ketika bersedih. Sebab, saya pernah sedih dan stress tetapi apabila saya pegang/membelai kucing tu, jujur saya rasa sedih dan stress tu berkurang.

Apa yang menyedihkan zaman sekarang ni , bila manusia bersikap kejam terhadap kucing :'( Kot ye pun BENCI jangan pernah sesekali "membunuh" . TRUE STORY : saya pernah nampak kucing disimbah air panas, Ya-Allah kejamnya orang tu. Bukan tu je, ada yang sanggup membaling kucing, sepak2 dan tendang kucing macam bola. Dan lagi kejam , saya pernah tengok video (Tak sanggup tengok sampai habis) seorang wanita yg pada awalnya membelai2 kucing tersebut,dan tiba2 dia mengambil "High heel" terus memukul kucing tu sampai mati. Menangis tengok video tu. Tak berperikemanusiaan lansung! Kucing pun ada perasaan mcm kita jugak. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW juga menyayangi kucing. Janganlah ada diantara kita semua bersikap kejam mcm ni, AMIN !




No comments: