Sunday 9 September 2012

Panggilan Temu duga UiTM

Assalamualaikum


Alhamdulillah Ainaa dah terpilih ke temu duga UiTM. Diploma Seni Lukis & Seni Reka.
(Second intake)

Sebelum tu, nak dimulakan cerita..dalam pukul 10 mlm macam tu ,tengah2 sy sibuk online..Tiba2 dapat mesej. Ingatkan mesej siapa entah..Tengok2 mesej dari Uitm untuk panggilan Temu duga program Diploma dan kena pergi ke link ni http://online.uitm.edu.my/
Kalau ainaa tak dapat mesej tu sampai bila2 lah tak tahu pasal ni. Yelah rajin plak ke sy nk pergi web Uitm tu hari2 =.=

Dan keputusannya macam dalam gambar diatas. Syukur alhamdulillah. Tapi apa yang merisaukan  kos ni kena pergi temu duga. Ermmm yang bertambah2 lagi risau sy tak ambil seni semasa spm :(
Tapi kos seni2 ni mmg ainaa suka sgt2 lah, suka sangat. Apapun ainaa tak boleh berharap sangat, hurmm nanti tak dapat mesti kecewa kan :(
Doakan yang terbaik untuk ainaa ye.

Temuduga tu 6 hari je lagi. Sabtu ni ( 15/9/12) Tak sampai seminggu pun,Yelah tiba2 je dapat tahu pasal ni. Saya kena pergi temuduga ni dekat Uitm Melaka. Kampung halaman :p 
Doakan untuk sy yee kawan2, semoga temuduga tu nanti berjalan dengan lancar.InsyaAllah, Amin 
Ini je harapan ainaa sekarang :( Akhirnya jodoh dengan seni juga. Semua adik-beradik ainaa pun ambil kos seni. Anak2 seni semuanya, ikut macam papa sy jugak :)






1 comment:

Unknown said...

Congrats on the admission to UiTM!welcome to AD fellow friend! :)

xeonixad.blogspot.com