Saturday 15 September 2012

Temuduga Dip.Seni lukis UiTM Melaka (2nd intake)




Hai semua, bertemu lagi kita yee ;) hehe..Yee, hari ni hari yang dinanti2 kan. Sebelum tu Ainaa ada tempoh seminggu selepas dapat mesej dari UiTM untuk prepare apa yang patut Ainaa buat.
Kos ni memang wajib pergi interview, no shortcut2 ok..=.=
Ainaa gerak dari rumah pukul 7.15 am dengan akak ainaa, Nadia..Abang sy yang drive..dalam pukul 8.10 am dah sampai dah. Ikut jalan Simpang Ampat. Tak jauh pun sebenarnya dari Seremban, cuma kedalam sikit lah UiTM ni. 

Ainaa turun je dari kereta ramai yang dah menunggu. Ainaa bawak file serious besar.HAHA
 Yang lelaki segak berpakaian kemas , Perempuan pulak ayu berbaju kurung. hehe..Ada dua kos temuduga hari ni. Masscomm dan seni lukis.. Sebenarnya masa isi borang online dulu ainaa confuse nk letak first sekali seni lukis or masscomm..dua2 minat. =..= Tapi bila difikirkan balik..I'm not ready for masscomm at all ! So i chose art and design for my first choice. 

Nervous tu mmg lah kan. Tapi buat2 relax jela tadi. pftttt =.= Mula2 sekali ada ujian melukis..Nasib baik ainaa sampai awal, so boleh lah habis awal..Masa tu Ainaa beratur jee..then ternampak ada bilik kosong. Kat tengah2 tu ada meja, atas meja ada kotak then atas kotak tu ada kain terjurai..So, tiba2 lecturer suruh masuk dalam bilik tu..boleh masuk 20 org. Ainaa pun cpt2 lah masuk ambil tempat..and pilih angle mana yang senang lukis. Ujian melukis ni diberi masa 1 jam. Alhamdulillah dapat siapkan.

Lepas tu ada ujian kreativiti pulak dan diberi masa 20 minit sahaja. Diorang dah sediakan kertas A4, ada 6 kotak..setiap kotak ada garisan..then kena sambungkan garisan tu ikut suka hati kita. Haha..Ada budak sebelah Ainaa, mmg kreatif lah dia..setiap garisan tu dia design baju. For sure, dia minat fashion designer. InsyaAllah boleh dpt tu. Kebetulan orang Seremban jgk. hehe..

Lepas tu diorang bagi borang , kena pilih ikut turutan nak pilih mana..
Ainaa pilih graphic design for my 1st choice and 2nd, Industrial design..n bla bla bla..
bla bla bla tu mmg ainaa kurang minat,huhu . Lepas tu, kami semua dibawa ke bilik menunggu..untuk Interview pulak. Fuhhhh, nervous kot..nt dia akan panggil nama..
Memandangkan ainaa pilih Graphic , so ainaa kena tunggu luar bilik tu. dalam tu ada lecturer from Graphic designer. Madam Zahara nama dia..and ada seorang lelaki sebelah dia..kena masuk sorang2 taw.

Sebelum tu ainaa berdoa byk2 biar dia tak tanya bukan2 and permudahkan temuduga ni..InsyaAllah,Amin. First sekali dia akan check2 sijil2 kita..and akan tengok portfolio masing2..tb2 madam tu tanya " Ada tak mana2 yang awk kenal ambil graphic dekat uitm ? " ainaa pun jawab lah " ermm, dulu akak sy  sendiri pun ambil kos ni..dah habis degree" dia pun tanya lah siapa..tp dia tak kenal pun akak Ainaa. Ainaa ckp lah adik beradik ainaa semua ambil kos art and design..Then , she said"Ouhh, semua suka design2 lah ni ye.. Artwork awk memang bagus, Good2..InsyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi. " ada lagi soalan yang dia tanya, tp banyak tanya pasal diri kita je. So xdela risau sgt..Whoaa, tak sampai 5minit pun temuduga tu, alhamdulillah :) So semuanya selesai pukul 11.30 am. Syukur .

Tapi apa yang pasti , ini baru peringkat pertama. Belum tentu lagi ainaa dpt, tp ainaa berdoa sgt2 semoga dapat kos ni..Sebab ainaa mmg minat..InsyaAllah, doakan ainaa ye kawan2 :)







1 comment:

Jiyaa said...

sis boleh share x mcm mana rupa kertas ujian kreativiti tuu..