Monday 8 October 2012

Cerita P M R ku :)

Assalamualaikum semua ! =)

Jeng jeng jeng, Bulan Oktober sudah mariii. Haha :D Cepatkan masa berlalu. Sekejap je dah bulan 10. Esok Calon2 PMR akan menduduki peperiksaan dah pun. Adik2 semua dah ready belum ?? heee. Pastikan dah ready ok ! Kepada adik2 yang akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah ni, Wish you all the best ! Jangan stress2 Ok. Ni belum SPM lagi. hehe. Nak tahu pengalaman akak dulu ? Ok2, akak cerita k :) Hope sudi baca.

~Kisah suka Duka P M R ku ~

Jeng jeng jeng, kita bepatah balik 3 tahun yang lepas. Kini saya 15 tahun. kihkihkih..
Okay laa..straight to the point. Dulu masa sis Trial PMR , To be honest.. sis main2 tak serious. Terukkan. Sis tak ambil serious pasal trial tu. Memang layak sis dapat result teruk. Bila dah dapat result tu, sis rasa down gila..menyesal semua ada. Sis mula sedar lepas tu..Dalam hati "Takkan result PMR pun nak teruk macam ni.betapa teruknya result aku ! No A !" Selepas tu sis rasa menyesal tak study betul2. Macam dah give up. Result sis masa trial serious teruk, ada dua donkey pulak tu. Hurmm =.=

One day, Cikgu matematik sis nama dia cikgu Rusnah. My favorite teacher :) ada bgtahu "Keajaiban mungkin berlaku , tidak mustahil kalau kamu betul2 serious berusaha sekarang InsyaAllah keputusan kamu nanti boleh bertukar cemerlang sekelip mata je"
Selepas je sis dengar tu, semangat tu tiba2 datang balik. Sis dah tak main2 lagi dah. Sis betul2 berusaha pagi, siang dan malam. Dulu sis tak tuition pon, ada masalah sikit. Sis tak nak menyusahkan parents sis. So, sis kenalah usaha lebih. Lepas trial terus dah insaf dah. Lagi 2/3 bulan je nak PMR. Cuak jugak, hehe.. Biasalah tuu. Tapi sis kuatkan semangat. Sis fikir positif.
Terus berdoa dan berdoa agar segalanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t 

Tibalah hari yang dinanti2 kan.. Keputusan PMR dah keluar. Macam2 perasaan masa tu. Tuhan je yang tahu. Masa tu pulak kelas sis je yang first2 dapat result dulu. Kelas lain semua tengah menunggu lagi. Masa tu pulak sis datang lambat sikit. Gara2 tunggu kawan sis. Dah sampai dalam dewan tu, Sis terus cari nama..

Alangkah terkejutnya, result sis tak seperti yang disangka2 kan. Walaupun sis tak dapat straight A's, Tapi sis betul2 bersyukur dengan keputusan tu. Syukur Alhamdulillah. Betul apa yang cikgu sis bgtahu dulu, kalau kita betul2 ikhlas berusaha dan tawakal. InsyaAllah..kita boleh cemerlang :)

Pengajaran, Jangan ikut cara sis last2 minute baru nak study betul2. Papepun.. Jangan putus asa ye adik2 semua :) Do your best ! InsyaAllah 8A dalam tangan . Best of Luck =)






No comments: